Al Quran Biasa

WAKAF AL QURAN
Pendahuluan
Wakaf Al Quran ini merupakan salah satu progam yang agak baru di perkenal kan kepada masyaraka kita pada masa kini. Konsep baru wakaf yang diperkenalkan ini merupakan gabungan atau rumusan daripada ulama Al-Hanafiyyah, Al-Mahkiyyah dan Al-Shafiyyah. Tujuan dikemukakan konsep baru ini ialah untuk membolehkan pelaksanaan wakaf secara lebih berkesan, dan profesional, baik dari segi amalan wakaf itu, mahu pun pengurusannya, supaya lebih telus dan relevan dengan perkembangan hidup kontemporari.
VISI
Menjadi pemangkin utama dalam usaha menggalakkan umat Islam beramal jariah seperti yang dituntut dan digariskan Islam.
MISI
1.Membantu seramai mungkin umat Islam minoriti di seluruh dunia hasil daripada sumbangan wakaf al-Qur'an.
2.Mengagih-agihkan al-Qur'an yang diwakafkan ke madrasah-madrasah tahfiz al-Qur'an, masjid dan surau di dalam dan luar negara.
3.Membekalkan kitab-kitab dan bahan bacaan bagi madrasah dan maahad tahfiz di dalam dan luar Negara
JOM KETAHUI LEBIH MENDALAM TENTANG HUKUM WAQAF!
✿ DEFINISI WAQAF
- Waqaf dari segi bahasa : Tahan atau berhenti
- Waqaf dari segi istilah : Menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya.
✿ WAQAF
Menahan harta tertentu yang boleh diambil manfaat daripada zatnya untuk digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada zat benda yang diwaqafkan itu.
✿ HUKUM WAQAF
Hukum waqaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis.
✿ DALIL AL-QURAN
Firman Allah S.W.T dalam surah ali-imran ayat 92:
Maksudnya: "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
==================
WAQAF v. SADAQAH
✔ SADAQAH adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah.
Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu.
✔ WAQAF adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya.
Contohnya dengan wang RM30 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir.
Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan Dari Para Pewakaf
=============================================================================================
ANDA BERHAJAT MEWAKAFKAN AL-QUR'AN?
=============================================================================================
KONSEP TAJA DAN WAKAF
Untuk mewakafkan al-Qur'an, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah.
1. Taja al-Qur'an dengan harga RM50.00 sebuah, jumlah yang ingin ditaja adalah terpulang kepada diri anda. Sebagai contoh, RM 50 untuk sebuah, RM 100 untuk 2 buah, dan begitulah seterusnya.
.
2. Dengan pilihan akaun di bawah, anda perlu cuma 'bank in' atau 'transfer' jumlah wang mengikut naskhah al-Qur'an yang anda kehendaki kepada akaun yang tertera di bawah:
a.CIMB Bank : EX PERSI RESOURCES - 14290000859102
b. Maybank : Mohd Hazril Faizal B. Halim - 562188312036
.
2. Emailkan bukti pembayaran ke expersiresources@gmail.com / wassap ke no 019 443 3644 ( Mohd Hazril Faizal )
.
3.Sertakan (tidak wajib) nama pewakaf / orang yang diniatkan untuk wakaf untuk sebuah al-Quran (maximum 5 orang penama) ke email/no hp yang tertera. Jika tiada penama admin akan menulis Hamba Allah Sahaja.
.
4. Admin akan menulis kembali nama2 pewakaf diatas helaian pertama muka hadapan al-Quran sebagai tanda al-Quran tersebut telah diwakafkan.
.
5. Admin mendoakan agar amalan wakaf ini akan diterima dan mendapat redho daripada Allah S.W.A.